Sunday 19 July 2009

♣MENYELIT SEBENTAR YEP.. ;P♣


yeah...
sekarang ofis sudah berkembang...
menjadi butik lah pulak..
so dya pown secara tak lansung menjadi salah seorang distributor kat cni..
so dya upload dulu stock yang masih ada yea..
stock baru samapi je minggu lepas hari selasa tapi hari rabu da kena serbu ngan orang banyak yang dah habis..
and dya pulak baru hari ni ada masa nak upload stock.. ;p
maaf..

Extender Aqeela sopankan Muslimah

ARKIB : 08/07/2009 ( UTUSAN MALAYSIA )

"Cantiknya kemeja-T tu, tapi lengan dan bajunya pendek. Aku ni bertudung, takkan nak pakai baju macam itu, nanti apa orang kata, tapi kalau tak beli rugi dan pasti aku termimpi-mimpi.'' Itulah yang selalu bermain di kepala bagi golongan yang bertudung apabila tertarik dengan sesuatu kemeja-T yang disukai.
Namun kini, ia tidak lagi menjadi masalah kerana terdapat produk baru yang dinamakan extender di bahagian pinggang hingga ke bawah punggung dan di bahagian lengan.
Mendapat inspirasi daripada kesukarannya mendapatkan kemeja-T yang labuh menutupi punggung dan berlengan panjang untuk anak-anak perempuannya, maka pemilik Minda Emas Management, Emy Dahlia Burhanuddin telah melahirkan idea bagi mencipta produk extender ini. Diberi nama X10/der, Emy memberitahu, produk ini begitu praktikal kepada Muslimah.
''Sebelum ini jika ingin memakai baju tanpa lengan dan pendek, maka mereka harus memakai inner. Kini dengan adanya X10/der, hanya perlu sarungkan yang dinamakan skirt di bawah punggung dan sarung lengan.
''Tidak perlu memakai pakaian dan inner yang selalunya menyebabkan panas, badan bertambah berisi dan tidak selesa,'' katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Emy, selain extender, syarikatnya juga turut mengeluarkan kemeja-T Muslimah yang panjang hingga menutupi punggung.
Dengan menggunakan jenama Aqeela, kini telah mempunyai 12 rekaan dan dijangka pada akhir tahun ini sebanyak 25 rekaan akan dikeluarkan. Saiznya pelbagai dari XXS hingga XXXXL dan sesuai bagi remaja hingga dewasa.
Fabrik yang digunakan ialah 100 peratus kapas, interlock, lycra, piqee dan single jersey. Istimewanya, fabriknya menyerap peluh.
Pilihan warnanya juga pelbagai. Menariknya kemeja-T ini ialah pada coraknya iaitu berbunga kecil dan abstrak. Harganya antara RM39 hingga RM45 bagi kemeja-T dan set extender (RM23).
Kemeja-T ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai dengan seluar panjang seperti denim, slack dan legging, tetapi bertambah elegan jika dikenakan dengan skirt panjang berserta tali pinggang dan boots yang memberi penampilan yang anggun.
Adalah tanggapan yang salah, orang bertudung tidak boleh bergaya, nah, lihat fesyen yang digayakan oleh model.


ini adelah puan emy dahlia @ peneraju utama butik d ofis ini

ini adelah model @ bos dya